Latest News

Bakal Calon UPSR Mengandung 7 Bulan

Gambar Hiasan
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi  peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya.

Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.

4 comments:

  1. Replies
    1. Tak. advantage pregnant umur muda memang camtu. besar dia takkan memboyot.

      Delete
  2. buat dgn budak 12 tahun pon ade nafsu ker..ish..ish..ish

    ReplyDelete
  3. baik polis tuh sbb tutupkan muka budak tuh :)

    ReplyDelete

Keep It Google Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.