Latest News

Apabila Bill Gates Memperdaya Pengacara Minum Air Kumbahan Terawat


Bill Gates memang dikenali sebagai seorang usahawan dan pemikir yang bijak.Dalam membantu penduduk di negara yang sukar mendapat bekalan air yang bersih, Bill dan Melinda Gates telah membiayai satu projek yang diberi nama Omniprocessor.

Omniprocessor merupakan sebuah mesin dan sistem yang merawat air kumbahan menjadi air bersih untuk diminum.Mesin yang mempunyai saiz sebuah rumah ini juga boleh menghasilkan tenaga elektrik di penghujung prosesnya.

Projek ini disasarkan ke kawasan seperti Afrika dan India.Menurut laporan terkini, sebuah mesin ini akan dihantar ke kawasan Dhaka sebagai permulaan eksperimen mereka.Mesin ini boleh menghasilkan 10,800 liter air sehari dan menghasilakn 150kW tenaga elektrik.

Dalam sebuah rancangan televisyen baru-baru ini iaitu "The Tonight Show Starring Jimmy Fallon", Bill Gates berjaya memperdaya pengacara rancangan tersebut untuk minum air hasil dari proses rawatan Omniprocessor.

Jika anda diberi peluang untuk merasa air tersebut,adakah anda akan berbuat demikian tanpa sebarang tipu helah seperti yang dilakukan Bill Gates ini?


No comments:

Post a Comment

Keep It Google Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.